Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada bukti lorong nyahjangkit boleh kurangkan jangkitan Covid-19, kata Noor Hisham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada bukti lorong nyahjangkit boleh kurangkan jangkitan Covid-19, kata Noor Hisham



Ujian mendapati proses nyahjangkit daripada lorong nyahjangkit tidak memadai untuk membunuh kuman pada badan manusia, kata KKM. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan seperti lorong nyahjangkit (disinfection tunnel) yang digunakan untuh nyahkuman berkesan dalam mengurangkan kes jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM sudah pun melakukan ujian terhadap beberapa model peralatan tersebut daripada beberapa negara dan juga model-model sedia ada di Malaysia.
Jelasnya, ujian penilaian mendapati proses nyahjangkit daripada peralatan tersebut menyembur individu selama 20 hingga 30 saat menggunakan bahan kimia tidak memadai untuk membunuh kuman pada badan manusia.
Tambahnya, penggunaan bahan kimia yang digunakan juga boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti di mata dan mulut.
“Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan ‘disinfection box’, ‘disinfection chamber’, ‘disinfection tunnel’, ‘disinfection booth’, ‘disinfection partition’ atau ‘disinfection gate’ sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap manusia,” katanya hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat usaha daripada pihak universiti dan syarikat yang membina lorong nyahjangkit buatan sendiri bagi membantu mengurangkan jangkitan Covid-19.
“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian Covid-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.