Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umno seru kerajaan pertimbang buka semula perniagaan ‘non-essential’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umno seru kerajaan pertimbang buka semula perniagaan ‘non-essential’


Umno menyeru operasi kedai gunting rambut dan dobi ditangguhkan kerana ia bukan keperluan mendesak.
PETALING JAYA: Umno menyeru kerajaan menimbang keputusan membuka semula beberapa jenis perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sesuai dengan saranan Kementerian Kesihatan dan reaksi orang ramai.
Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan berkata operasi perniagaan seperti kedai gunting rambut dan dobi perlu ditangguhkan kerana ia bukan keperluan mendesak atau non-essential, termasuk kelonggaran bazar Ramadan.
“Reaksi orang ramai terhadap pembukaan perkhidmatan ‘non-essentials’ ini jelas tidak bersetuju.
“Malah kebanyakan pemain sektor tersebut juga menyuarakan kebimbangan mereka untuk beroperasi dalam keadaan pandemik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan 9 sektor ekonomi tambahan dibenarkan beroperasi di bawah syarat ketat susulan lanjutan PKP sehingga 28 April ini.
Sektor itu termasuk kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik, cermin mata, industri mesin dan peralatan, aeroangkasa serta industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
Salun dan kedai gunting rambut hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut, dan hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.
Sektor lain ialah perkhidmatan sains, profesional dan teknikal, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman, perkhidmatan berkaitan minyak & gas, aktiviti R&D berkaitan Covid-19, makmal ujian bagi sektor dibenarkan beroperasi saja), perkhidmatan kesihatan sosial, termasuk perubatan tradisional berdaftar (hanya terhad kepada Perubatan Tradisional dan Komplemantari berdaftar atau pengamal TCM) serta projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan.
Bagaimanapun keputusan itu mendapat kritikan ramai, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang mahu kerajaan mengekalkan sekatan ke atas pergerakan rakyat dan perniagaan yang dilaksanakan ketika PKP fasa 1 dan 2 kerana ia berjaya mengurangkan jumlah jangkitan Covid-19.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata PKP mesti dikuatkuasakan dengan tegas sehingga Malaysia berjaya mencapai unjuran kes Covid-19 yang agak stabil.
“Keutamaan kerajaan ialah memastikan kepentingan kesihatan umum tidak di kompromi dalam apa jua keadaan.
“InsyAllah, sebaik sahaja pandemik ini berakhir, kita boleh bergaya semahunya dengan apa jua penampilan, berhari raya sepuasnya, menganjurkan pelbagai bazar dan bukan sekadar bazar Ramadhan dan melakukan ziarah-menziarahi saudara-mara dan rakan taulan selayaknya,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.