Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M tak selesa kerjasama dengan kleptokrat dalam Umno, Mukhriz ingatkan Radzi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M tak selesa kerjasama dengan kleptokrat dalam Umno, Mukhriz ingatkan Radzi


Mukhriz Mahathir mendakwa agak ramai ahli MPT PPBM yang didalangi Muhyiddin Yassin mahu PPBM berpisah dengan PH dan bersama Umno-PAS.
PETALING JAYA: Mukhriz Mahathir menafikan kenyataan Ketua Penerangan PPBM, Radzi Jidin yang Dr Mahathir Mohamad pada dasarnya bersetuju parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH).
Timbalan presiden PPBM itu berkata, bapanya pernah menyatakan dengan jelas beliau tidak selesa bekerjasama dengan kleptokrat dalam Umno berbanding PH.
Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Mahathir masih menjalin hubungan baik dengan pemimpin PH dan terus bersama blok pembangkang di Dewan Rakyat.
“Sebenarnya apa yang dibangkitkan ketua penerangan PPBM itu berkisar apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti. Ada beberapa tulisan ahli MPT bercanggah dan bertentangan, dari segi butiran nampak tidak sama.
“Paling utama, Mahathir sebagai pemimpin unggul dalam parti sepertimana dinyatakan perlembagaan parti, menyatakan tidak selesa dengan sebarang bentuk kerjasama dengan golongan kleptokrat di dalam Umno itu sendiri.
“Dia (Mahathir) juga ingatkan, seseorang buat keputusan sewaktu beremosi sudah tentunya akan buat keputusan silap yang akan dikesali kemudian hari, biarlah bertenang dahulu dan ambil masa sedikit,” katanya dalam ceramah yang disiarkan di Facebook PH malam tadi.
Mukhriz berkata, ketika itu agak ramai ahli MPT yang sependapat dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan bersetuju parti berkenaan bekerjasama dengan Umno dan PAS serta berpisah daripada PH.
“Ada satu desakan di dalam MPT untuk PPBM keluar dari PH dan perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar, penuh emosi dan ada pandangan yang berbeza-beza.
“Agak ramai dalam MPT rupanya didalangi Muhyiddin sendiri yang hendak sangat PPBM berpisah dengan PH dan bersama Umno-PAS. Malah, disebut pula nama kerajaan Perikatan Nasional yang pada hari ini menubuhkan kerajaan.”
Mukhriz jangka PPBM ambil tindakan terhadapnya
Mukhriz yang juga menteri besar Kedah turut menjangkakan PPBM akan mengambil tindakan terhadapnya dengan menggunakan alasan sama seperti dilakukan Umno pada 2016, iaitu tidak patuh kepada parti.
“Tindakan ke atas kita diambil ketika itu, antara lain timbalan presiden Umno ketika itu dipecat dengan begitu ‘unceremonious’ dan alasan diberikan ialah tidak mengikuti atau tidak patuh dengan keputusan parti.
“Kena ingat alasan itu kerana alasan itu mungkin akan digunakan tidak lama lagi.”
Semalam, Radzi dalam satu kenyataan berkata, keputusan PPBM meninggalkan PH dibuat atas beberapa faktor, termasuk keadaan Mahathir sentiasa didesak pimpinan PH, terutamanya PKR dan DAP supaya melepaskan jawatan perdana menteri.
Bagaimanapun, Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menafikannya dengan berkata perkara paling mudah dilakukan lawan ialah mencari alasan dengan menyalahkan DAP dalam setiap perkara.
“Soal desakan kepada Mahathir tidak wujud. Hal ini kerana apa yang kita bincang adalah atas kerangka PH. Sebaliknya konsensus PH adalah menyerahkan kepada Mahathir untuk buat keputusan dalam isu menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
“Mereka gunakan alasan itu seolah-olah DAP dan PKR desak Mahathir dan paksa Mahathir keluar dari PH, tetapi yang jelas keputusan Majlis Presiden PH bukan begitu. Kalau Mahathir didesak, sudah tentu dia tidak bersama PH lagi.”
Pendirian PPBM berhubung keputusan keluar PH menjadi pertikaian apabila Marzuki Yahya semalam mendakwa MPT parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan berkenaan.
Dengan mendakwa dirinya masih setiausaha agung PPBM, Marzuki berkata, mesyuarat MPT pada 23 dan 24 Feb lalu membuat 2 keputusan, iaitu menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti serta menetapkan beliau calon tunggal bagi jawatan perdana menteri.
Muhyiddin perlu buktikan diri disokong rakyat
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin perlu mendapatkan sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi membuktikan dirinya ialah perdana menteri disokong rakyat.
“Kita sedang himpunkan seluruh kekuatan kita. Pada 18 Mei ini, kita hendak sebutkan ketika pelantikan dibuat pada Februari oleh Yang di-Pertuan Agong pada ketika dan saat itu, pada keyakinan baginda, Muhyiddin dapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan proses angkat sumpah berlaku.
“Tetapi, di mana ujian untuk dia benar-benar dapat sokongan majoriti, tempatnya seharusnya dalam Parlimen.
“Sebab itulah Muhyiddin mesti melepasi ujian ini, jika tidak sebutlah apa-apa pun hujah, dia tetap akan dihambat dengan pandangan ini adalah kerajaan yang tubuh hasil daripada rampasan kuasa.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.