Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini


Dua peranti boleh lipat Huawei Mate X dan Mate Xs mempunyai rekaan yang amat menarik. Walaupun ramai yang menyuarakan hasrat ingin memilikinya, harga jualan kedua-dua peranti yang melangkaui RM10,000 membantutkan hasrat ini. Kini kedengaran ura-ura Huawei akan melancarkan sebuah peranti skrin boleh-lipat yang lebih mampu milik.

Ini ialah menurut Ross Young yang sebelum ini meniriskan maklumat mengenai Galaxy Fold 2 di dalam sesi temuramah video di saluran GregglesTV. Menurut beliau peranti dengan harga yang lebih kompetitif ini akan mempunyai rekaan kulit kepah yang menutup skrin ke dalam seperti Galaxy Z Flip. Huawei masih belum memasarkan peranti dengan rekaan seperti ini tetapi sudahpun memfailkan beberapa paten.

Setakat ini strategi pemasaran Mate X masih belum menampakkan hasil dengan Richard Yu dipetik berkata Mate Xs menyebabkan Huawei menanggung kerugian sekitar RM300 juta. Tetapi beliau percaya pada masa hadapan kos peranti skrin boleh-lipat akan menurun dalam masa terdekat sehingga ia akan menjadi rekaan standard telefon pintar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.