Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei P40 Lite 5G Dilancarkan Dengan Cip Kirin 820 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei P40 Lite 5G Dilancarkan Dengan Cip Kirin 820


Keluarga peranti di bawah siri P40 bertambah menjadi empat dengan pelancaran Huawei P40 Lite 5G untuk pasaran Eropah. Walaupun menggunakan nama P40, ia sebenarnya adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang dijana cip Kirin 820. Ini berbeza dengan P40 Lite yang dilancarkan sebelum ini dengan cip Kirin 710F.

Dari segi spesifikasi, Huawei P40 Lite 5G dilengkapi skrin 6.5″ LCD FHD+, menawarkan memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel, selain menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm.

Sekiranya anda kenal dengan spesifikasi ini, ia adalah kerana ia sama dengan Nova 7 SE yang diumumkan bulan lalu di China. Di Eropah peranti ini dijual pada harga 400 Euro sebuah dalam warna putih, hitam dan hijau.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.