Hi! Welcome Back and Stay Tune! OpenAI Kini Mampu Menghasilkan Lagu Baharu Dari Karya Lama Elvis Presley Dan 2Pac - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OpenAI Kini Mampu Menghasilkan Lagu Baharu Dari Karya Lama Elvis Presley Dan 2Pac


Frank Sinatra meninggalkan kita pada tahun 1998 manakala Elvis “The King” Presley pula pada tahun 1977. Bagi peminat, karya-karya sedia ada menjadi pengubat rindu kerana tiada lagi lagu baharu dapat dihasilkan. Ini adalah benar sekiranya anda tidak mengambil kira lagu yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan OpenAI.

OpenAI kini hadir dengan rangkaian neural baharu yang diberi nama Jukebox. Jukebox boleh menganalisa karya penyanyi atau kumpulan sedia ada sebelum menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan karya baharu. Setakat ini ia berjaya menghasilkan karya baharu untuk artis yang telah meninggal dunia seperti Elvis Presley, Frank Sinatra dan Ella Fitzgerald. Pada waktu yang sama karya baharu dari artis moden seperti Katy Perry, Kanye West dan Bruno Mars.

Selain menghasilkan muzik baharu, suara artis boleh digunakan untuk menyanyikan lirik dari lagu yang lain. Bagi membolehkan penghasilan lagu baharu ini, Jukebox dilatih untuk mendengar 1.2 juta lagu (dengan 600,000 adalah dalam bahasa Inggeris) yang dipadankan dengan lirik dari pangkalan data LyricWiki. Selain muzik dengan nyanyian, muzik dari genre runut bunyi filem dengan gaya Hans Zimmer, John Williams dan mendiang James Horner turut boleh dihasilkan.

Jukebox dihasilkan bagi menyelesaikan masalah kecerdasan buatan tidak mampu menghasilkan suara yang kedengaran seperti manusia sebenar. Sekiranya anda menggunakan Google Assistant dan Siri anda mungkin menyedari kadang kala suara pembantu-pembantu maya ini tidak kedengaran seperti manusia sebenar. Pada waktu ini Jukebox masih lagi di peringkat awal dan muzik “baharu” yang dihasilkan menggunakannya kedengaran sedikit janggal. Jika anda mahu mendengar kesemua lagu baharu yang dihasilkan oleh Jukebox sila ke pautan ini.

Tetapi anda harus menyedari OpenAi pada suatu ketika dahulu kalah apabila menentang manusia di dalam permainan Dota 2 tetapi selepas bertambah baik mampu mengalahkan satu pasukan OG yang memenangi pertandingan The International 2018.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.