Siri realme 6 – Skrin 90Hz Memberikan Pengalaman Tatalan Yang Lebih Lancar
Teknologi telefon pintar kini semakin canggih dari hari ke hari. Pelbagai inovasi dan kreativiti telah ditunjukkan oleh syarikat-syarikat pengeluar peranti, dan antara langkah bijak yang akan menarik perhatian para pengguna adalah dari segi kelancaran dan kadar tindak balas yang baik oleh sesebuah telefon pintar. Salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lancar adalah dengan meningkatkan kadar segar semula pada skrin peranti. Jenama realme baharu sahaja melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka, iaitu realme 6 dan realme 6 Pro. Kedua-duanya dilengkapi dengan fungsi kadar segar semula 90Hz.
Namun tahukah anda mengapa anda harus teruja dengan kehadiran kadar segar semula 90Hz pada siri realme 6 kali ini? Pertama sekali adalah kerana ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan janaan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T pertama yang hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan ini berasaskan teknologi 12nm dimana ia dikatakan dapat menawarkan pengalaman permainan permua yang lebih lancar untuk peranti kelas pertengahan.
Sebelum saya mengulasnya dengan lebih lanjut tentang bagaimana kadar segar semula 90Hz ini memberi manfaat kepada anda, adalah lebih baik saya huraikan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan kadar segar semula dan fungsinya kepada sesebuah telefon pintar. Kadar segar semula (refresh rate) adalah ukuran untuk mengetahui kemampuan paparan skrin untuk berkelip dalam masa satu saat. Seperti contoh, kadar segar semula 60Hz akan berkelip sebanyak 60 kali dalam masa satu saat. Jadi, telefon pintar yang hadir dengan kadar segar semula lebih tinggi akan memberikan kelancaran yang lebih baik disebabkan kurangnya jurang antara setiap bingkai.
Oleh itu, kehadiran kadar segar semula yang lebih tinggi akan membuatkan telefon pintar anda menjadi lebih responsif dan bertindak balas dengan lebih laju dan lancar. Tambahan pula, realme 6 ini dilengkapi dengan antaramuka realme UI berasaskan Android 10. Ini sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan masalah lengah masa apabila menggunakannya.
Pengalaman permainan yang baik juga bergantung kepada kapasiti memori yang ditawarkan oleh sesebuah telefon pintar. Bagi realme 6 sendiri, ia menawarkan memori sehingga 8GB RAM bersama storan sehingga 128GB. Menurut realme, telefon pintar ini juga menyertakan sokongan kad microSD sehingga 256GB. Oleh itu, anda tidak perlu risau permainan anda terganggu kerana skrin 90Hz bersama kapasiti memori yang besar membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih baik.
Jadi, jika anda sedang mencari telefon pintar kelas pertengahan, siri realme 6 adalah antara pilihan yang baik untuk anda. Hal ini adalah kerana kehadiran kadar segar semula 90Hz pada peranti ini akan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman tatalan yang lebih lancar dan paparan yang lebih memuaskan.
realme 6 dilengkapi dengan rekaan skrin yang bersaiz 6.5 inci FHD+ dengan panel berasaskan IPS LCD. Ia juga menampilkan panel skrin hadapan dengan bezel yang nipis di mana nisbah skrin ke badannya adalah seluas 90.5%. Melaluinya, anda dapat menikmati paparan yang lebih luas. Malah, kadar segar semula 90Hz pada skrinnya dapat memberi kesan tontonan yang lebih mengasyikkan dan tatalan yang lebih lancar apabila anda menonton video.
Kehadiran skrin 90Hz pada realme 6 ini sangat membantu pengguna untuk mendapatkan paparan lebih tajam dan pewarnaan yang hidup bersama darjah pandangan yang baik. Jadi, apabila anda menonton dan merakam video atau gambar, hasilnya adalah lebih cantik kerana skrin 90Hz akan membantu untuk menghasilkan paparan dengan lebih jelas dan jitu kerana kurangnya jurang antara bingkai yang dipaparkan dalam masa satu saat.
Tetapi, adakah kadar segar semula yang tinggi pada siri realme 6 ini akan memberi kesan kepada penggunaan bateri seperti yang dialami oleh peranti-peranti pintar yang lain? Ini adalah berita baik bagi anda, kerana siri realme 6 ini hadir dengan fungsi yang membolehkan anda untuk menetapkan kadar segar semula yang anda inginkan, samaada pada kadar 60Hz atau 90Hz, bergantung kepada kehendak anda. Malah, anda juga boleh menetapkan “Auto Select” yang mana telefon pintar ini akan beroperasi dan menghasilkan kadar segar semula secara automatik bergantung atas aplikasi yang sedang dijalankan.
Ini sekaligus membantu anda untuk mengurangkan penggunaan bateri peranti. Namun, anda tidaklah perlu risau kerana jika anda menetapkannya pada kadar 90Hz sekalipun, ia tidak menjejaskan penggunaan bateri anda. Hal ini adalah kerana siri realme 6 ini hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4300mAh bersama pengecasan pantas 30W. Berdasarkan pengalaman penggunaan kami, telefon pintar ini mampu bertahan lebih daripada satu hari untuk penggunaan biasa termasuklah menggunakan aplikasi media sosial. Menurut realme juga, pengecasan pantas 30W yang disertakan dalam kotak pembelian mampu untuk mengecas penuh sehingga 100% dalam masa lebih kurang 55 minit sahaja.
Jadi, bagi anda yang sedang mencari telefon pintar mampu milik dan inginkan pengalaman penggunaan yang memuaskan, siri realme 6 adalah antara pilihan yang anda patut pertimbangkan untuk dibeli. Kehadiran kadar segar semula 90Hz pada telefon pintar ini ternyata dapat memberi keselesaan kepada penggunaan harian anda dari segi pengalaman tatalan dan paparan yang lebih memuaskan dan jangka hayat bateri yang dapat bertahan dalam tempoh masa penggunaan seharian.
Telefon pintar realme 6 bagi variasi 8+128GB ini sudahpun mula dipasarkan di Malaysia pada harga RM1199. Manakala bagi telefon pintar realme 6 Pro pula, harganya akan diumumkan kelak pada hari pelancarannya secara rasmi di Malaysia iaitu pada 11 Mei ini. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh layari laman rasmi realme untuk maklumat lanjut atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
Layari: Laman Rasmi REALME Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment