Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Memulakan Ujian Group Session – Kawalan Senarai Main Secara Berkumpulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Memulakan Ujian Group Session – Kawalan Senarai Main Secara Berkumpulan


Pernahkah anda pergi ke majlis keraian dan muzik yang dimainkan dikawal oleh seorang pengguna sahaja. Anda kemudian perlu meminta insan ini untuk memasukkan satu lagi yang ingin anda dengari ke dalam  senarai main. Ia agak melecehkan dan menjadi mustahil jika anda tidak tahu siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal muzik. Spotify hari ini mengumumkan ujian Beta untuk Group Session yang memudahkan penghasilan senarai main secara berkumpulan.

Group Session membenarkan seorang pengguna menjadi tuan rumah yang kemudian menjemput pengguna lain untuk menghasilkan senarai main tersendiri. Tuan rumah hanya perlu menekan butang Connect di dalam aplikasi dan memilih Group Session. Pengguna lain perlu mengimbas kod bunyi (kod QR versi Spotify) pada peranti tuan rumah untuk menyertai kumpulan yang dihasilkan. Kesemua yang dijemput kemudian boleh mengatur dan mengawal senarai main yang dihasilkan secara berkumpulan ini.

Ciri ini sebenarnya telah ditemui tahun lalu oleh Jane Manchun Wong dengan nama Social Listening tetapi tidak pernah ditawarkan secara terbuka kepada pengguna untuk diuji. Menurut Spotify ujian Beta akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna Premium sahaja pada waktu ini.

Sebagai insan yang kerap dilantik menjadi DJ di dalam kereta, ini ialah fungsi yang lama kami inginkan. Tiada lagi insiden perlu menyerahkan telefon kepada penumpang lain semata-mata untuk memasukkan lagu ke dalam senarai main.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.