Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mosaic Ialah Konsep Peranti Modular Yang Berubah Dari Peranti Boleh-Pakai Ke Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mosaic Ialah Konsep Peranti Modular Yang Berubah Dari Peranti Boleh-Pakai Ke Telefon Pintar


Project Ara oleh Google menjanjikan dunia baharu di mana pengguna hanya perlu membeli modul baharu setiap tahun untuk menambah baik peranti yang sudahpun dimiliki. Project Ara pula ditangguh sejak 2016 kerana tidak memenuhi piawaian Google. Sungguhpun begitu idea peranti modular masih diteruskan dan kini wujud pula peranti konsep Mosaic oleh Louis Berger.

Mosaic terdiri daripada satu modul  Photo Tile yang berfungsi sebagai otak kepada peranti. Ia dilengkapi skrin kecil dan kamera. Di dalam mod ini ia menjadi sebuah kamera yang boleh disarung pada leher lengkap dengan talinya yang tersendiri. Apabila dipasang pada aksesori Small Display Tile, Photo Tile akan mempunyai skrin empat segi yang lebih besar untuk melihat gambar yang telah diambil. Akhir sekali ialah aksesori modular ketiga Large Display Tile yang mengubah terus Photo Tile menjadi sebuah telefon pintar konvensional.

Apabila dimasukkan ke dalam Large Display Tile, Mosaic kelihatan seperti sebuah telefon pintar biasa dengan bonjol kamera yang besaiz lebih besar dari biasa. Kami akui Mosaic ialah konsep yang menarik tetapi teknologi semasa masih belum bersedia untuk rekaan seperti ini.

Suatu ketika dahulu peranti skrin boleh lipat dianggap mustahil dan tidak praktikal tetapi kini sudah menjadi realiti. Masih wujudkan minat untuk peranti modular di kalangan pengguna semasa?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.