Aplikasi Keselamatan Microsft Defender ATP Untuk Android Diperlihatkan
Seperti pada komputer desktop, masalah perisian hasad yang berbahaya dan penipuan perlu diambil serius. Pada komputer Windows, Defender ialah perisian terbina yang memastikan pengguna sentiasa terlindung dari dua perkara ini. Hari ini Microsoft akhirnya memperlihatkan Defender ATP untuk Android selepas mengumumkan pembangunannya Februari yang lalu,
Microsoft Defender ATP memantau aplikasi, laman web dan aplikasi hasad yang mungkin wujud di dalam peranti. Ia kemudian boleh menghalang akses data syarikat dari peranti yang dikesan sebagai berisiko tinggi. Menerusi Microsoft Defender Security Center, proses pemantauan tahap keselamatan peranti milik kakitangan boleh dilakukan secara setempat. Dengan Microsoft Defender ATP, organisasi dapat memastikan peranti kakitangan dan data syarikat dipantau sepanjang masa pada peranti mudah alih.
Pada waktu ini Microsoft Defender ATP boleh digunakan lebih awal oleh pelanggan Microsoft Defender Security Center pada peranti Android sahaja. Versi iOS akan dilancarkan menjelang penghujung 2020.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment