Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bank Negara Brazil Mengantung Penghantaran Dan Terima Wang Melalui WhatsApp - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bank Negara Brazil Mengantung Penghantaran Dan Terima Wang Melalui WhatsApp


WhatsApp telah pun memperkenalkan ciri penghantaran den menerima wang melalui WhatsApp minggu lepas – bermula di Brazil. Ia sekaligus memudahkan pemindahan wang, dan urusan jual-beli dilakukan dengan mudah terus melalui aplikasi permesejan popular yang dimiliki Facebook berkenaan.

WhatsApp Pay

Melalui ciri yang dinamakan WhatsApp Payment ini, ia memudahkan penghantaran wang melalui tetingkap sembang – sekaligus menjadikannya amat mudah bagi pemindahan wang antara pengguna, mahupun untuk membayar pekedai dan peniaga.

Apa pun, kini pihak Bank Negara Brazil dilihat telah menggantung ciri pembayaran melalui WhatsApp di negara berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa turut telah meminta Mastercard dan Visa untuk menghentikan aktiviti kewangan melalui aplikasi berkenaan.

Melalui Bloomberg, ia diperkatakan Bank Negara Brazil telah menggantungnya untuk menilai sebarang risiko yang dibawa oleh perkhidmatan ini ke sistem pembayaran tempatan, selain memastikan ia menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Bank Negara Brazil turut dilihat menekankan yang mana Mastercard dan Visa mungkin didenda sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.