Fungsi ‘Parenting Group Type’ Di Facebook, Mudahkan Ibu Bapa Berinteraksi Secara Terbuka Dengan Lebih Selamat
Facebook kini memperkenalkan satu lagi fungsi baru yang direka khas untuk membantu para ibu bapa berinteraksi secara aktif dengan lebih selamat. Ia didatangkan dalam bentuk kumpulan dan melaluinya ibu bapa akan rasa lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja.
Ini termasuklah soal kehidupan peribadi, pengetahuan, sokongan ataupun sebarang nasihat untuk dijadikan pedoman umum. Difahamkan apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan memberikan akses kepada tiga ciri unik yang bersesuaian dengan keibubapaan :
- Catatan Awanama (Anomynous Post) – Membolehkan ibu bapa berkongsi apa sahaja jenis kandungan secara terbuka tanpa menyiarkan butiran diri. Melaluinya, ibu bapa boleh berinteraksi dengan selesa tanpa segan silu – terutamanya jika hal berkenaan melibatkan masalah kewangan ataupun rumah tangga.
- Lencana (Badging) – Membantu ibu bapa untuk mengenal pasti tahap mereka dalam fasa keibubapaan. Melaluinya, ibu bapa boleh mengenali dengan ahli kumpulan yang berada dalam kelompok yang sama dan berkongsi pelbagai pengalaman.
- Bimbingan (Mentorship) – Pentadbir kumpulan (admin) boleh membuat program bimbingan secara atas talian. Setiap ahli mempunyai hak untuk memilih mentor / mentee masing-masing.
Secara keseluruhannya, fungsi ini boleh menggalakkan para ibu bapa untuk berkongsi dengan lebih terbuka berkaitan isu yang melibatkan keibubapaan. Mungkin sejumlah nasihat atau pengalaman yang dikongsi sesama sendiri itu dapat membantu semua untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment