Jenama iFlix Akan Beroperasi Sekitar 6-12 Bulan Selepas Pengambil-Alihan Tencent
iFlix, salah satu perkhidmatan penstriman video popular di Malaysia dilihat telah pun mula beroperasi dibawah pihak Tencent. Pihak Tencent dan iFlix masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.
Melalui laporan Variety, ia kini dilaporkan Tencent telah mengambil pegangan majoriti pada iFlix yang meliputi operasi di sekitar 13 buah negara. Harga pengambil-alihan tidak diketahui lagi, tetapi ia diperkatakan sekitar “beberapa puluh juta dollar”.
iFlix sebelum ini telah diperkatakan mengalami kerugian yang tinggi, terutamanya kerana perlu bersaing dalam mendapatkan kandungan dan sebagainya.
Apa pun, melalui laporan sama, ia dikatakan jenama iFlix akan terus beroperasi selama sekitar 6 ke 12 bulan selepas pengambil-alihan.
Ini sekaligus memberikan petanda yang mana terdapat kemungkinan iFlix diintegrasikan dengan beberapa perkhidmatan lain dibawah gergasi Tencent, seperti WeTV dan lain-lain. Buat masa ini, ia boleh dikatakan sekitar spekulasi sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada jenama ini benar-benar akan digantikan atau sebaliknya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment