Huawei Nova 7 SE Berharga RM1499 – Hadir Dengan Kirin 820, 8GB RAM, Kamera 64MP, Huawei AppGallery
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Nova 7 SE. Di Malaysia, ia akan ditawarkan bermula 19 Jun 2020 ini, pada harga RM1499.
Huawei Nova 7 SE hadir dengan skrin 6.5-inci LCD, dilengkapi cip Kirin 820, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Pengguna boleh meluaskan saiz storan melalui penggunaan kad memori khusus dinamakan NM Card. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh. Telefon ini menjalankan EMUI 10.1 dan menggunakan Huawei AppGallery untuk pengurusan aplikasi.
Telefon pintar ini menyertakan sokongan rangkaian 5G. Namun, disebabkan rangkaian 5G masih belum diaktifkan di Malaysia, ia masih belum boleh dinikmati. Tetapi, memandangkan ia menyertakannya, maka telefon ini boleh digunakan untuk jangka masa panjang tanpa anda perlu membeli telefon 5G baru apabila rangkaian 5G ditawarkan di Malaysia sekitar setahun dua lagi.
Bagi para pembeli yang berminat, Huawei Nova 7SE boleh didapati bermula 19 Jun 2020 ini pada harga RM1499. Bagi pembeli terawal, anda juga akan menerima ganjaran percuma seperti Huawei Band 4, akses ke Huawei Video, akses 6 bulan ke Huawei book, storan Huawei Cloud sebanyak 15GB selama 12 bulan, dan beberapa ganjaran lain.
Disamping itu, Huawei juga turut telah mengacah mereka akan membawa masuk Huawei Nova 7 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment