Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S20+ Edisi BTS Diperkenalkan – Bersama-sama Galaxy Buds+ BTS
 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S20+ Edisi BTS Diperkenalkan – Bersama-sama Galaxy Buds+ BTS



BTS merupakan salah satu kumpulan muzik popular dari Korea Selatan. Terbaru, Samsung dilihat bekerjasama dengan BTS, dan telah pun melancarkan telefon pintar mercu mereka edisi BTS.

Galaxy S20 BTS

Tiga peranti yang telah diperkenalkan adalah Galaxy S20+ 5G Edisi BTS, Galaxy S20+ Edisi BTS, Galaxy Buds+ Edisi BTS. Ia hadir dengan rekaan berwarna ungu, dan dipadanka dengan penggunaan warna hitam untuk Galaxy Buds+, selain penggunaan warna ungu dan kemasan berwarna besi pada telefon pintar.

Kesemuanya menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan telefon pintar mercu Samsung yang telah sedia dipasarkan. Namun, bersempena dengan edisi BTS, ia turut hadir dengan kandungan berbentuk tema BTS yang hadir terbina, selain sebuah platform komuniti Weverse untuk memastikan peminat kekal berhubung melaluinya.

Galaxy S20 BTS

Samsung turut mengatakan ia menyertakan sejumlah pelekat dan juga kad gambar untuk peminat BTS menyimpannya apabila membeli telefon edisi BTS ini.

Buat masa ini, Samsung hanya mengumumkan penawaran telefon edisi BTS ini di Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.