Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan bagi perkhidmatan udara mulai pulih selepas paras terendah pada AprIL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan bagi perkhidmatan udara mulai pulih selepas paras terendah pada AprIL


Baru-baru ini, angka menunjukkan jumlah penerbangan harian meningkat 30% di antara titik rendah pada 21 April dan 27 Mei.
KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap perkhidmatan udara mulai pulih selepas mengalami prestasi terendah pada April, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ia berkata permintaan penumpang pada April (diukur berdasarkan perolehan daripada penumpang mengikut kilometer atau RPK) merosot 94.3% berbanding pada April 2019, disebabkan sekatan perjalanan berikutan Covid-19 yang hampir menghentikan perjalanan udara domestik dan antarabangsa.
Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif, Alexandre de Juniac berkata kadar penurunan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah siri trafik IATA, yang bermula pada 1990.
“Baru-baru ini, angka menunjukkan jumlah penerbangan harian meningkat 30% di antara titik rendah pada 21 April dan 27 Mei. Ini terutama dalam dan luar operasi domestik daripada asas yang sangat rendah (5.7% daripada permintaan 2019).
“Walaupun kenaikan ini tidak ketara bagi dimensi industri pengangkutan udara global namun ia menunjukkan industri menyaksikan prestasi terendah akibat krisis ini, sekiranya tidak berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di samping itu, ia juga isyarat pertama penerbangan memulakan semula proses yang panjang untuk menawarkan kembali kesalinghubungan.
Tempoh April bencana bagi penerbangan kerana perjalanan udara hampir sepenuhnya dihentikan, namun bulan itu juga menunjukkan krisis semakin reda dengan jumlah penerbangan semakin meningkat, katanya.
“Negara-negara mula menarik balik sekatan pergerakan dan keyakinan perniagaan dilihat semakin baik di pasaran utama seperti China, Jerman, dan Amerika Syarikat (AS).
“Ini tanda-tanda positif memandangkan kita mula membangunkan kembali industri. Pertumbuhan baru akan mengambil masa – mungkin bertahun-tahun – untuk mencapai kematangan,” katanya.
IATA berkata pada minggu pertama April, kerajaan di 75% pasaran yang dipantaunya menyekat kemasukan sepenuhnya manakala 19% lagi mengenakan sekatan perjalanan terhad atau keperluan kuarantin wajib bagi ketibaan antarabangsa, dengan kenaikan penerbangan awal tertumpu di pasaran domestik.
Ia berkata permintaan penumpang antarabangsa April jatuh 98.4% berbanding April 2019, kemerosotan daripada penurunan 58.1% yang dicatatkan pada Mac. Kapasiti pula jatuh 95.1%, dan faktor bebanan susut 55.3 mata peratusan kepada 27.5%.
Trafik penerbangan Asia-Pasifik pada April merosot 98.0% berbanding dengan tempoh tahun lepas, lebih buruk daripada penurunan 70.2% pada Mac manakala kapasiti turun 94.9% dan faktor bebanan jatuh 49.9 mata peratusan kepada 31.3%, kata persatuan itu.
Dalam pada itu, trafik domestik turun 86.9% pada April, dengan penurunan paling tinggi dicatat di Australia (-96.8%), Brazil (-93.1%) dan AS (-95.7%).
Prestasi itu kemerosotan ketara berbanding penurunan 51.0% pada Mac. Kapasiti domestik turun 72.1% dan faktor muatan kurang 44.3 mata peratusan kepada 39.5%.
Juniac berkata bagi penerbangan, April tempoh paling buruk kerana kerajaan mengambil tindakan drastik untuk memperlahankan penularan wabak itu namun terpaksa menanggung kerugian ekonomi daripada kemelesetan global.
“Syarikat penerbangan akan menjadi kunci kepada pemulihan ekonomi. Penting untuk industri penerbangan bersiap siaga dengan langkah keselamatan bio yang diyakini oleh penumpang dan pekerja pengangkutan udara. Itulah sebabnya pelaksanaan garis panduan global Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memulakan semula penerbangan dengan selamat menjadi keutamaan teratas,” katanya.
“Takeoff: Guidance for Air Travel through the Covid-19 Public Health Crisis” atau Pelepasan: Garis Panduan bagi Perjalanan Udara semasa Krisis Kesihatan Awam Covid-19 oleh Majlis ICAO rangka kerja autoritatif dan komprehensif mengenai tindakan sementara berdasarkan risiko untuk operasi pengangkutan udara semasa krisis Covid-19.
Ia dirangka menerusi perundingan secara meluas dengan kerajaan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan dengan nasihat utama daripada kumpulan industri penerbangan termasuk IATA, Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), Pertubuhan Perkhidmatan Pandu Arah Udara Awam (CANSO) serta Majlis Penyelarasan Antarabangsa bagi Persatuan Industri Aeroangkasa (ICCAIA).
“Kami menyokong sepenuhnya syor tersebut dan berharap dapat bekerja dengan kerajaan-kerajaan untuk pelaksanaan penyelarasan yang baik. Dunia tidak dapat menangguhkannya,” kata Juniac. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.