Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy Note 20+ Tertiris – Zum Hanya Sehingga 50X
Samsung Galaxy Note 20+ akan dilancarkan pada bulan Ogos ini secara atas talian buat pertama kalinya dalam sejarah. Saban tahun pelancaran peranti Note amat dinantikan peminat kerana ia dilihat sebagai peranti yang lebih berbaloi berbanding Galaxy S kerana hadir dengan fungsi tambahan. Semalam spesifikasi kamera Note 20+ telah tertiris menerusi akaun Weibo @UniverseIce.
Menurut peniris terkemuka ini, Galaxy Note 20+ akan dilengkapi kamera utama dengan sensor 108-MP, 13-MP dan 12-MP. Menarik sekali kamera 3D TOF tidak lagi digunakan dan digantikan pula dengan sensor laser untuk pemfokusan. Seperkara lagi sensor utama 108-MP ini ialah sensor HM1 yang dihasilkan oleh Samsung. Sistem zum periskop pula dihadkan sehingga 50X sahaja berbanding 100X pada S20 Ultra.
Sekiranya maklumat ini benar kami secara peribadi tidak merasakan ia adalah sesuatu yang negatif. Dari pengalaman peribadi menggunakan S20 Ultra, amat jarang sekali kami menggunakan zum 100X yang disokong. Malahan di dalam ulasan S20 Ultra kami mengatakan ia adalah gimik yang tidak praktikal kerana gambar yang terhasil tidaklah memuaskan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment