Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reddit Memadam Ribuan Subreddit Kerana Menyebarkan Kebencian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reddit Memadam Ribuan Subreddit Kerana Menyebarkan Kebencian


Reddit pagi ini memadam lebih 2000 subreddit yang didapati melanggar peraturan laman dan menyebarkan kebencian. Antara subreddit yang dipadam ialah r/The_Donald yang mempunyai hampir 1 juta ahli dan menjadi tempat pertemuan penyokong tegar presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Turut dipadam ialah subreddit berhaluan kiri yang juga didapati melanggar peraturan baharu yang dikuatkuasakan.

Langkah yang diambil oleh Reddit ini adalah drastik kerana selama ini mereka berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara. Tetapi selepas beberapa subreddit lain megkritik laman kerana membenarkan ia menjadi platform perkauman serta penyebar kebencian, Reddit akhirnya akur. Menurut Reddit dari 2000 subreddit yang dipadam, hanya 200 masih lagi aktif. Selain penyebaran isu perkauman laman yang dipadam turut menyebar kebencian terhadap gender.

RedditReddit mengikuti langkah platform media sosial lain yang mula memadam dan memberikan label ke atas kandungan yang melanggar peraturan mereka. Ciapan Presiden Trump sendiri telah disorok oleh Twitter beberapa minggu yang lalu kerana menggalakkan keganasan ke atas demonstran yang inginkan keadilan ke atas George Floyd.

Selepas pergerakan Black Lives Matter menjadi isu global, platfiorm media sosial menjadi sasaran kerana kegagalan mereka untuk membendung penyebaran ideologi kebencian. Antara yang telah berlaku ialah syarikat besar seperti Coca Cola dan Starbucks menggantung pengiklanan di media sosial sebagai cara untuk memaksa mereka untuk memandang isu penggunaan platform sebagai ruang penyebaran isu perkauman dengan lebih serius.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.