Xiaomi Redmi 9A Berharga RM359 Di Malaysia, Redmi 9C Berharga RM429
Xiaomi hari ini telah mengumumkan penawaran dua telefon pintar berspesifikasi asas untuk pasaran Malaysia, iaitu Redmi 9A dan juga Redmi 9C.
Kedua-duanya hadir dengan 2GB RAM, 32GB storan, selain menawarkan rekaan skrin bertakuk. Dari segi rekaan, Redmi 9C dilihat menawarkan tri-kamera belakang, sementara Redmi 9A pula menggunakan dwi-kamera belakang.
Pihak Xiaomi Malaysia masih belum mengeluarkan spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon pintar ini. Mengikut desas-desus, kedua-duanya dijangka hadir dengan skrin 6.53-inci bertakuk, dilengkapi bateri 5000mAh, dan kamera swafoto 5-megapixel. Redmi 9A diperkatakan dijana cip Helio G25, sementara Redmi 9C pula dikatakan dijana cip Helio G35.
Xiaomi Malaysia mengumumkan Redmi 9A akan ditawarkan pada 7 Julai ini pada harga RM359, sementara Redmi 9C pula akan ditawarkan pada penghujung Julai ini pada harga RM429.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment