Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiket laba RM300,000 seludup PATI ke Malaysia, kata pakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiket laba RM300,000 seludup PATI ke Malaysia, kata pakar


Mizan Mohammad Aslam berkata, walaupun pihak berkuasa berjaya menahan PATI yang menyeludup ke Malaysia, ia masih menelan kos tinggi untuk kerajaan membiayai warga asing itu di kem tahanan.
PETALING JAYA: Seorang pakar keselamatan berkata, pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan negara didalangi sindiket rakyat tempatan dan anggota agensi keselamatan yang dibayar RM1,000 bagi setiap warga asing.
Pakar Kajian Strategik dan Anti-keganasan Universiti Malaysia Perlis, Mizan Mohammad Aslam menyifatkan sindiket itu ialah pengkhianat negara yang mengaut keuntungan dengan mengadaikan keselamatan negara.
“Maklumat yang saya dapat, bayaran RM1,000 setiap kepala kepada pengkhianat ini. Maka satu kapal yang dilepaskan mereka akan dapat laba RM250,000 hingga RM300,000,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, tindakan terdesak tekong sengaja merosakkan enjin dan membocorkan bot selepas memasuki perairan negara ialah trend terbaru bagi memastikan PATI diselamatkan serta diterima pihak berkuasa atas dasar kemanusiaan.
“Ini adalah tindakan berani mati pelarian bagi menjamin kejayaan masuk ke Malaysia. Ia dijangka menjadi trend baru kerana tindakan sebegini akan memberikan tekanan kepada Malaysia.
“Mahu tak mahu, pelarian ini perlu diterima dan diselamatkan. Nak dihantar semula ke laut sudah tak boleh, nak dibiarkan tak sampai hati, maka kita akan menyelamatkan mereka.”
Semalam, National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa giat memburu lebih 300 tekong dan dalang warga tempatan yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI.
Katanya, warga tempatan khususnya dalam industri maritim seperti nelayan, pemilik dan pengusaha bot serta pemancing, boleh didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Pada 8 Jun lalu, NTF dilaporkan berkata, sindiket sengaja merosakkan enjin dan membocorkan sebuah bot membawa 269 etnik Rohingya yang menceroboh perairan Langkawi sehingga tidak dapat dibaiki untuk memastikan pengusiran tidak dapat dilakukan.
Akibatnya, semua PATI itu ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.
Mizan berkata, walaupun pihak berkuasa berjaya menahan PATI yang menyeludup ke Malaysia, ia masih menelan kos tinggi untuk membiayai warga asing itu di kem tahanan.
“Kerajaan terpaksa menempatkan pelarian ini di kem-kem tahanan dengan perbelanjaan mencecah puluhan juta ringgit setahun pada kadar belanja makan RM10 setiap kepala setiap hari.
“Ini belum ditambah kos pengurusan kerajaan di kem-kem tahanan ini, termasuklah kakitangan imigresen, utiliti, keselamatan dan lain-lain. Kos perubatan juga terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia.
“Apabila diberikan status pelarian dan masuk ke masyarakat, kos lain akan meningkat apabila mereka mengambil tempat rakyat tempatan dalam sektor pekerjaan.”
Katanya, risiko PATI dieksploitasi juga tinggi, termasuk mereka mungkin menyertai kumpulan pengganas yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Jenayah juga semakin meningkat apabila kelompok ini dieksploitasi oleh individu dan kumpulan tertentu untuk mengaut keuntungan di atas penderitaan mereka.”
Selain jalan laut, katanya, pendatang asing juga dibawa masuk menerusi laluan udara, khususnya dari China, India dan Bangladesh yang disembunyikan.
“Apa pula yang terjadi kepada sindiket terancang yang masuk melalui laluan udara dan pekerja yang dibawa syarikat projek mega dari negara tertentu?” soalnya.
Oleh itu, Mizan menggesa kerajaan merangka dasar lebih jelas dan tegas, serta konsisten memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar melalui Asean.

“Negara berada dalam dilema sekarang. Masalah dalam negara semakin parah dan ditambah pula masalah dari luar yang dibawa masuk sindiket penyeludupan manusia.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.