Hi! Welcome Back and Stay Tune! Singapura lanjut tempoh permit kenderaan Malaysia sehingga 30 Sept - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Singapura lanjut tempoh permit kenderaan Malaysia sehingga 30 Sept


Pemandu diingatkan agar mengemas kini tarikh sah cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan Perkhidmatan Digital VEP LTA. (Gambar Bernama)
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) secara automatik akan melanjutkan tempoh sah permit kemasukan kenderaan (VEP) bagi semua kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia selama 3 bulan lagi iaitu sehingga 30 Sept.
“Tidak perlu memohon untuk pelanjutan ini,” menurut LTA dalam laman sesawangnya hari ini.
Sebelum ini, pada 26 Mac 2020, LTA mengumumkan ia akan melanjutkan tempoh sah VEP bagi kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sehingga 30 Jun.
Menerusi laman sesawang itu, LTA turut menyatakan fi VEP yang dikenakan sebelum 18 Mac dan selepas 14 April akan terus diguna pakai.
Ia menasihati pemandu yang ingin mengelak fi VEP terkumpul dan tidak boleh memandu sendiri kenderaan mereka ke luar dari Singapura boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan/tunda kenderaan rentas sempadan untuk membawa kenderaan mereka pulang ke Malaysia.
Pada 31 Mac, LTA mengumumkan ia akan memberikan pengecualian sekali bagi fi VEP kepada semua pemilik kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia yang terpaksa terus tinggal di Singapura dari 18 Mac sehingga 14 April susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
Ia merupakan respons kepada maklum balas pekerja rakyat Malaysia di Singapura, majikan mereka dan kesatuan, katanya.
Ketika ini, semua kenderaan yang didaftarkan di negara asing dikehendaki membayar fi VEP sebanyak S$4 sehari bagi motosikal dan S$35 sehari bagi kereta, dengan setiap VEP sah selama 14 hari mulai tarikh masuk ke Singapura.
Fi VEP tidak boleh dibayar antara 5 petang dan 2 pagi pada hari bekerja manakala pada hujung minggu dan Cuti Umum Singapura, kenderaan dengan pendaftaran asing juga dikecualikan fi VEP selama 10 hari setiap tahun.
Pihak berkuasa mengingatkan pemandu agar mengemas kini tarikh sah cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan Perkhidmatan Digital VEP LTA di www.onemotoring.com.sg/ivep/insureapp sepanjang tempoh mereka berada di Singapura.
Bagi mengira jumlah yang perlu dibayar untuk kenderaan mereka, pemandu boleh menggunakan kalkulator online LTA di www.onemotoring.com.sg.
Pemandu dinasihatkan menambah nilai Kad Autopas mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.