Spesifikasi Huawei MediaPad C3 Kini Tertiris Di Arena Web
Huawei dilihat bakal terus memperluaskan rangkaian tablet keluarannya. Huawei kini dilaporkan bakal muncul dengan sebuah lagi tablet dikenali sebagai Huawei MediaPad C3. Spesifikasi mengenainya juga dikhabarkan telah tertiris.
Menurut maklumat dikongsi, peranti ini dipercayai akan menggunakan paparan berukuran 8-inci IPS LCD dengan resolusi 1280×800 piksel. Ia juga dikhabarkan dijana oleh cip pemproses MT8768, memori 3GB RAM, storan 32GB, bateri 5,100mAh melalui port mikroUSB dan sambungan Bluetooth 5.0.
Selain itu, ia juga dikatakan bakal menggunakan kamera utama 5-Megapixel dan 2-Megapixel untuk lensa swafoto. Untuk perisian, ia mungkin menjalankan antaramuka EMUI 10 berasaskan Android 10. Seperti biasa, maklumat yang diterima masih lagi ura-ura dan kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment