Hi! Welcome Back and Stay Tune! TV Pendidikan mungkin tambah masa siaran, kata menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TV Pendidikan mungkin tambah masa siaran, kata menteri


Saifuddin Abdullah berkata, pelaksanaan ‘home based learning’ yang terbaik adalah dalam talian kerana ia harus interaktif bagi memberi kefahaman lebih baik kepada pelajar.
KUANTAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mempertimbangkan untuk menambah masa siaran program televisyen pendidikan (TV Pendidikan), termasuk membuka saluran televisyen baru.
Menterinya, Saifuddin Abdullah berkata ia ekoran aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semakin penting disebabkan pandemik Covid-19 yang menyebabkan hanya pelajar bakal menduduki peperiksaan utama dibenarkan kembali ke sekolah pada 24 Jun ini.
Katanya, perbincangan bagi menambah masa siaran yang ketika ini mengambil masa 2 jam sehari menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV Okey mulai 6 April lalu, sedang dilakukan dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Apa yang dipanggil ‘Home Based Learning’ ini berada di bawah KPM dan KKMM telah memberi kerjasama dengan menyiarkannya di saluran TV Okey. Ketika ini kita berbincang untuk menambah masa siaran sama ada menggunakan platform sama atau membuka satu lagi saluran khas bagi TV Pendidikan.”
Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian selepas Majlis Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MYNIC Berhad kepada Yayasan Pahang dan 210 keluarga asnaf semalam.
Walaupun ada saluran televisyen pendidikan, Saifuddin berkata, pelaksanaan “home based learning” yang terbaik adalah dalam talian kerana ia harus interaktif bagi memberi kefahaman lebih baik kepada pelajar.
“Bagaimanapun, kaedah dalam talian ketika ini berdepan 2 cabaran utama, iaitu masalah capaian internet di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan masalah (ketersedian) peranti yang penyelesaiannya sedang difikirkan KPM.”
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, semua 1,100 pusat internet kendalian pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara dibenarkan beroperasi semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas ditutup sejak 18 Mac lalu ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Beliau berkata, pusat internet terlibat kini memainkan peranan lebih besar kerana ia menjadi tumpuan pelbagai pihak yang ingin melakukan urusan secara dalam talian, termasuk pelajar sekolah.
“Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menambah baik atau membeli aset baru untuk kegunaan pusat internet ini supaya dapat digunakan secara optimum oleh masyarakat.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.