Apple Mempatenkan Stylus Yang Mampu Mengesan Warna Objek Sebenar
Menerusi Apple Pencil, pengguna beberapa model iPad boleh melakukan lakaran terus pada permukaan skrin tablet. Pengenalan stylus ini pada awalnya menjadi bahan jenaka kerana mendiang Jobs tidak menyukai penggunaannya pada peranti pintar. Tetapi selepas lima tahun dan dua versi, Apple Pencil kini tersenarai sebagai antara stylus terbaik di pasaran. Di masa hadapan kemampuannya mungkin akan meningkat dengan satu fungsi yang tidak ditemui pada stylus lain di pasaran.
Apple mempatenkan rekaan sebuah stylus yang boleh mengesan warna terus dari bahagian belakang Apple Pencil. Selepas warna dikesan, pengguna kemudian boleh terus melakar pada skrin peranti dengan warna yang dikesan sebelum ini. Dengan ini karya seni yang realistik dengan warna yang tepat dapat dihasilkan oleh pengguna Apple Pencil.
Paten terkini ini adalah kesinambungan dari paten yang difailkan mereka dari tahun 2012. Dalam paten tersebut sebuah stylus dengan mata pena yang boleh ditukar ganti mempunyai aksesori sensor yang boleh mengesan warna. Teknologi ini sebenarnya telah lama wujud dan digunakan pada produk seperti Swatchmate Cube yang direka khusus untuk jurureka hiasan dalaman.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment