Hi! Welcome Back and Stay Tune! iFlix Didakwa Gagal Melakukan Pembayaran Kepada Penerbit Filem Daulat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iFlix Didakwa Gagal Melakukan Pembayaran Kepada Penerbit Filem Daulat


April lalu iFlix menjadi platform penstriman eksklusif untuk tayangan filem Daulat terbitan Lacuna Pictures. Platform penstriman dipilih selepas penerbit ingin menayangkan filem mereka tanpa sebarang potongan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem. Namun begitu selepas tiga bulan, akaun Twitter rasmi filem Daulat menghantar ciapan mendakwa mereka masih belum menerima sebarang bayaran dari pihak iFlix.

Bayaran sepatutnya dilakukan pada 1 Julai yang lalu dan selepas bayaran masih belum diterima pihak penerbit telah mengeluarkan surat tuntutan kepada pihak iFlix. Ketika artikel ditulis, Daulat tidak lagi boleh distrim menerusi iFlix.

Tahun ini iFlix bergolak selepas salah seorang pengasasnya meninggalkan syarikat pada bulan Jun sebelum syarikat telah diambil alih oleh Tencent. Selepas diambil alih nama iFlix dilaporkan akan beoperasi sehingga 12 bulan sebelum diserap ke dalam perkhidmatan milik Tencent seperti WeTV.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.