Apple Mengesahkan Jualan iPhone Baru Akan Ditangguhkan Beberapa Minggu Berbanding Kebiasaan
Apple kebiasaannya akan menawarkan telefon pintar iPhone terbaru sekitar bulan September pada negara-negara fasa pertama, sebelum diperkenalkan secara berperingkat ke negara lain seluruh dunia.
Namun, untuk tahun 2020 ini, Apple menyasarkan ia akan lewat sedikit. Melalui pengumuman penyata kewangan untuk suku lepas, Apple mengatakan mereka menyasarkan untuk jualan berlaku “beberapa minggu” lewat berbanding kebiasaan.
Desas-desus berkaitan kelewatan atau penangguhan jualan ini telah diperkatakan sejak beberapa minggu lepas, dan ini adalah kali pertama Apple mengesahkannya secara rasmi.
Ia tidak diketahui lagi sama ada pengenalan iPhone baru akan diteruskan pada September atau akan turut ditangguhkan juga.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment