Wajar bubar DUN Sabah, elak suasana tidak menentu
GOMBAK, 30 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah wajar selepas wujud cubaan menggangu gugat kepimpinan negeri itu.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu juga membuktikan kebijaksanaan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin selepas melihat perkembangan dan mendengar pandangan kedua-dua pihak.
“Ini (pembubaran) satu perkara wajar setelah ketidaktentuan diwujudkan dan (keputusan) agak tergesa-gesa dilakukan oleh sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab.
“Kita dalam ‘mid term’ (pertengahan penggal) dan masih boleh meneruskan serta memberi peluang kepada mereka yang memperoleh majoriti. Namun begitu, mungkin pembubaran adalah jawapan terbaik kepada segala ketidaktentuan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada masjid-masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Masjid Jamiatus Solahiah di sini, hari ini.
Pada masa sama, Amirudin berharap supaya Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PAKATAN) dapat bergabung dengan lebih padu serta meneruskan mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Hari ini, Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas permohonan itu diperakukan Tun Juhar Mahiruddin.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment