Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Boleh Laras Seakan DSLR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Boleh Laras Seakan DSLR


Huawei cukup terkenal dengan prestasi dan kehebatan fotografi yang dikatakan antara terbaik sejak ia bekerjasama dengan Leica. Keunggulannya seakan tiada tandingannya dan kini, Huawei bakal terus mengukuhkan lagi ‘takhta’ ini.

Desas-desus ada mengatakan Huawei telah mempatenkan sebuah peranti misteri dengan binaan kamera unik yang boleh dilaras serupa dengan DSLR. Rekaan ini dilihat menyertakan tiga kamera yang terdiri daripada dua lensa lebih kecil dan sebuah lensa besar yang boleh ditanggalkan. Selain, terdapat juga sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Pelbagai pertanyaan mula timbul di kalangan ramai, adakah ianya sistem flash Xenon? Paten turut memperlihatkan, Huawei menggunakan port USB-C untuk sambungan.

Pun begitu, buat masa ini ia masih sekadar paten dan belum diketahui sama ada produk akhir akan menggunakan konsep sebegini ataupun sebaliknya. Tetapi jika ianya benar, apa pendapat anda mengenainya?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.