Vivo iQOO Z1x Disertakan Dengan Cip Snapdragon 765G Dan Sistem Penyejukan Setaraf PC
Sejak awal kemunculannya, penawaran pada barisan vivo iQOO sentiasa menarik perhatian ramai. Tapi sayangnya, tiada satu model daripadanya yang ditawarkan di pasaran tempatan buat masa ini. Tetapi, itu tidak menghalang kita untuk mengetahui mengenai perkembangan terbarunya.
Kita sedia tahu, Vivo IQOO Z1x bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kini, ia telah disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 765G sebagai tunjang utama. Maknanya, ia akan disertakan dengan rangkaian 5G. Selain itu menerusi beberapa imej promosi yang telah dikongsi di media sosial, ia juga akan membawakan sokongan teknologi penyejukan cecair yang didakwa setara dengan sebuah PC. Ia adalah teknologi penyejukan yang sama pada Vivo Z6 5G yang dilancarkan sekitar Februari lalu dan bertujuan untuk pengoptimasian pada prestasi peranti.
Vivo IQOO Z1x dipercayai menggunakan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi 120Hz dan bateri besar 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W. Ia dikatakan peningkatan yang baik untuk keupayaan bateri, namun bukan pada skrin kerana pendahulunya Vivo IQOO Z1 menyokong sehingga 144Hz.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment