Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Z Fold2 Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Z Fold2 Tertiris


Satu lagi hari berlalu dan ketirisan produk-produk yang akan dilancarkan Samsung di acara Unpacked mengalir semakin deras. Pagi ini imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Z Fold2 akhirnya tertiris menerusi laman MySmartPrice.

Gambar sebenar peranti tertiris semalam tetapi akhirnya hari ini imej dari pelbagai sudut dapat dilihat. Skrin hadapan kini jauh lebih besar dengan bezel yang nipis. Pada skrin dalaman boleh lipat pula, dapat dilihat penggunaan lubang skrin yang menghapuskan penggunaan takuk besar pada Fold asal.

Imej pengolokan rasmi ini juga memberikan petunjuk pengimbas cap jari kini terbina dalam skrin dan bukan lagi pada butang kuasa sisi. Turut kelihatan ialah penggunaan tri-kamera yang sama seperti yang ditemui pada Galaxy Note 20 Ultra. Dengan Z Fold2. Samsung merealisasikan impian rekaan peranti skrin boleh-lipat yang diperlihatkan dalam video asal Project Valley enam tahun yang lalu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.