Kodak Memasuki Arena Perubatan Melalui Kodak Pharmaceuticals
Kodak adalah jenama yang besar dalam arena fotografi. Saya masih ingat lagi pada zaman kecil, ada kamera yang menggunakan filem – jika filemnya habis pasti saya akan meminta ayah saya belikan “kodak” sedangkan namanya adalah gelung filem. Ia adalah seakan ubat gigi, walaupun ada banyak jenama – ramai akan memanggilnya “colgate”. Terkini, Kodak mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan memasuki arena perubatan.
Kodak mengumumkan Kodak Pharmaceuticals, iaitu syarikat pengeluaran bahan-bahan untuk membuat ubat. Mereka dibantu oleh kerakaan Amerika Syarikat dengan pinjaman wang sebanyak $765 juta, iaitu sekitar RM3.3 bilion untuk memulakan perniagaan ini. Tujuan Kodak hadir dengan perniagaan farmaseutikal ini adalah untuk membantu menyelesaikan masalah negara yang mengalami kekurangan bahan yang kronik. Dengan wujudnya bahagian farmaseutikal ini, ia boleh meningkatkan 25% bahan perubatan yang diperlukan yang akan digunakan pada nir-biologi, nir-antibakteria atau juga mana-mana asas farmaseutikal .
Kerajaan Amerika Syarikat sanggup mengeluarkan wang sebnyak RM3.3 bilion ini, kerana dikira sebagai Akta Pengeluaran Pertahanan Era Peperangan Korea yang mana turut digunakan untuk mempercepatkan penghasilan alat bantuan pernafasan, pelitup muka dan alatan perubatan ketika Covid-19.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Kodak terlibat dengan dunia perubatan. Pada tahun 1988 Kodak pernah membeli Sterling Drug dan kerana masih ingin fokus ke arena pengimejan dan fotografi – ia dijual pada tahun 1994.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment