Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Dijangka Mengumumkan Butiran Mengenai Cip Grafik Xe Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Dijangka Mengumumkan Butiran Mengenai Cip Grafik Xe Tidak Lama Lagi


Sejak tahun lepas, Intel telah mula membangunkan cip grafik mereka sendiri yang dinamakan Intel Xe. Secara teknikalnya ia mula dibangunkan untuk tujuan perkomputeran berskala besar dan perindustrian.

Terkini, Tom’s Hardware melaporkan bahawa Intel dijangka memperkenalkan butiran khusus mengenai cip pemprosesan grafik Xe untuk kelas pengguna sekitar bulan Ogos kelak.

Melalui sebuah ciapan yang kini telah dipadamkan oleh akaun Twitter Intel Graphics, mereka mengatakan bahawa butiran mengenai cip grafik Xe akan diperlihatkan dalam masa 20 hari.

Tom’s Hardware mengatakan bahawa pada penghujung bulan Ogos dan awal bulan September kelak, Intel dijangka memperlihatkan butiran mengenai Xe di Hot Chips dan acara atas taliannya sendiri.

Ia dijangka bahawa Intel akan memperkenalkan butiran mengenai Intel Xe di acara Hot Chips, dan akan memperkenalkan cip pemprosesan Intel Tiger Lake yang seperti sedia maklum, telahpun diketahui menggunakan cip grafik generasi ke-12 Xe.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.