Jam Pintar Terbaru Nubia Akan Diumumkan Seiring Dengan Red Magic 5S
Nubia merupakan salah sebuah pengeluar peranti untuk permua yang terkenal. Mereka kini telah mengesahkan bakal muncul dengan peranti memfokuskan kepada permua terkini menerusi Nubia Red Magic 5S pada 28 Julai ini.
Selain daripada itu, Nubia nampaknya turut ada kejutan lain apabila dilihat bakal muncul dengan jam pintar terbaru pada cara berkenaan. Ia berikutan terdapat beberapa poster acah yang tertiris di laman Weibo memperlihatkan jam pintar ini dengan sejumlah spesifikasinya.
Mungkin tidak banyak yang didedahkan, namun ia sedikit sebanyak memberi kita gambaran mengenainya. Antaranya seperti dilengkapi keluli tahan karat 316L dan badan aluminium. Sama seperti Nubia Alpha, jam pintar ini juga akan menggunakan paparan OLED yang boleh dilipat.
Selain itu, pada bahagian sisi terdapat butang fizikal berputar yang kelihatan seakan sama dengan Apple Watch. Hanya ini sahaja maklumat yang diperoleh buat masa ini. Untuk ketahui lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment