Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelak, Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Di YouTube - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelak, Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Di YouTube


YouTube merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular, dimana pelbagai video diterbitkan oleh ramai pengguna seluruh dunia di YouTube. Terbaru, YouTube mengumumkan sedikit perubahan pada bentuk paparan iklan, yang akan membawa kepada lebih banyak paparan iklan di YouTube.

Youtube sedia mempunyai beberapa format iklan, termasuk pada bahagian awal, penghujung dan juga pertengahan. Kebiasaannya, iklan pada pertengahan video hanya dipaparkan pada video yang panjangnya lebih daripada 10 minit, namun perkara berkenaan kini dilihat berubah.

YouTube kini mengumumkan mereka akan mula memaparkan iklan pada bahagian pertengahan video untuk sebarang video yang panjangnya lebih daripada lapan minit – dan bukannya 10 minit seperti sebelum ini.

Semua video sedia ada yang panjangnya lebih 8 minit akan memaparkan iklan pada bahagian pertengahan ini secara automatik.

Apa pun, YouTube masih memberikan pilihan kepada penerbit kandungan untuk mematikannya secara manual melalui saluran masing-masing.

Perubahan ini akan mula aktif daripada penghujung bulan Julai 2020 ini. Seperti biasa, pengguna YouTube Premium tidak terkesan dengan perubahan ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.