Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Dijangka Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AR Seawal Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Dijangka Memperkenalkan Kaca Mata Pintar AR Seawal Tahun Hadapan


Dengan perkembangan yang hampir mendatar dalam arena telefon pintar, kini pelbagai syarikat mula melihat kepada penawaran peranti pintar yang lain untuk terus memudahkan pengguna untuk kekal berhubung. Salah satu arena yang dilihat adalah kaca mata pintar dengan penyertaan kandungan realiti-terimbuh.

Beberapa syarikat seperti Apple dan Huawei telah mula melihat ke arena berkenaan. Terbaru, LG turut dikatakan sedang melihat ke arena yang sama.

Melalui laporan terbaru, LG dikatakan bekerjasama dengan pihak NTT Docomo dalam pembangunan kaca mata pintar – dan telah pun sedia membangunkan prototaip. Kedua-dua syarikat dijangka akan memperkenalkan penawaran mereka seawal tahun hadapan.

LG diperkatakan telah melihat ke arena kaca mata pintar AR ini sejak 2018 yang lepas. Ia diperkatakan kaca mata pintar ini akan memfokuskan kepada rekaannya yang ringan – dimana beratnya dikatakan kurang daripada 80g.

Buat masa ini, info penuh mengenai penawaran kaca mata pintar ini masih tidak diketahui lagi. Sekiranya tepat ia akan dilancarkan pada 2021 kelak, maka kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.