Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia Melancarkan Tiga Fon Telinga Dan Kepala Nirwayar Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia Melancarkan Tiga Fon Telinga Dan Kepala Nirwayar Baharu


Nokia hari ini melancarkan tiga aksesori audio bluetooth terkini mereka. Dua adalah fon telinga dan satu fon kepala masih-masing menyokong teknologi audio Qualcomm aptX untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang baik kepada pengguna.

Nokia E3500 ialah fon telinga dengan rekaan earbuds. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi sehingga 7 jam berterusan atau 25 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Sambungan kepada peranti ialah menerusi bluetooth 5.0 manakala codec yang disokong pula ialah SBC dan Qualcomm aptX. Terdapat sokongan kawalan sentuhan pada bahagian sisi untuk mengawal muzik dan menyeru pembantu maya. Akhir sekali ia melepasi piawaian IPX5 yang membolehkan ia digunakan ketika bersukan.

Nokia E3200 juga ialah fon telinga dengan rekaan earbuds. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi sehingga 5 jam berterusan atau 17 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Sambungan kepada peranti ialah menerusi bluetooth 5.0. Terdapat juga sokongan kawalan sentuhan pada bahagian sisi untuk mengawal muzik dan menyeru pembantu maya. Akhir sekali ia turut melepasi piawaian IPX5 yang membolehkan ia digunakan ketika bersukan.

Akhir sekali Nokia E1200 ialah sepasang fon telinga nirwayar dengan kemasan tubuh aluminium dan pad telinga dari bahan leatherette. Dengan bateri sebesar 500 mAh, ia mampu beroperasi sehingga 40 jam secara berterusan. Tidak seperti kebanyakan fon telinga nirwayar di pasaran. Nokia E1200 tidak mempunyai sokongan sistem pembatalan hingar aktif. Tambatan menerusi bluetooth 5 disokong bersama dengan sambungan berwayar 3.5mm menerusi kabel tambahan.

Walaupun menggunakan jenama Nokia, ketiga-tiga aksesori ini sebenarnya dihasilkan secara berlesen oleh RichGo yang berpangkalan di China. Pada waktu ini ketiga-tiganya juga hanya akan dipasarkan di China sahaja dan harga masih belum diumumkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.