Hi! Welcome Back and Stay Tune! NEF Mendesak Kerajaan Utamakan Syarikat ICT Tempatan Berbanding Luar Negara Untuk Projek-Projek Tempatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NEF Mendesak Kerajaan Utamakan Syarikat ICT Tempatan Berbanding Luar Negara Untuk Projek-Projek Tempatan


NEF hari ini menyuarakan pendapat mereka, dan mendesak kerajaan dalam terus menyokong syarikat ICT tempatan untuk kemajuan ekonomi Malaysia berbanding dengan keperluan bergantung kepada syarikat luar negara.

Seperti ramai sedia maklum, syarikat ICT tempatan sedia mempunyai pelbagai kemahiran mahir yang mampu membangunkan pelbagai produk bertaraf dunia.

Menurut NEF, sejumlah projek berskala besar dianugerahkan kepada syarikat asing dan bukannya syarikat tempatan. Antara yang disentuh oleh pihak NEF adalah termasuk aplikasi MySejahtera yang dibangunkan dengan usahasama syarikat luar negara, laman DELIMa untuk pendidikan yang kurang mengetengahkan kandungan digital tempatan, projek MyFutureJobs oleh Perkeso yang menggunakan kepakaran teknologi dari Netherlands, dan beberapa yang lain.

Contoh pertama, MySejahtera yang dibangunkan dengan usahasama syarikat luar negara, KPISoft Inc dari Amerika Syarikat dan juga mempunyai ibu pejabat Asia di Singapura, untuk pengesanan kontak COVID-19 .
Contoh kedua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini melancarkan laman web DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) di mana solusi dan kandungan digital tempatan langsung tidak diketengahkan.
Contoh ketiga, antara projek di bawah Penjana adalah MyFutureJobs oleh PERKESO yang menggunakan kepakaran teknologi dari Netherland.
Contoh keempat, lagi projek di bawah Penjana mengenepikan pembangun teknologi e-commerce tempatan seperti yang disuarakan oleh SME Association of Malaysia.
Contoh kelima, seperti yang pernah kami suarakan awal tahun dahulu, program Geran Pendigitalan SME sewajarnya mengutamakan pembangun perisian tempatan bagi SME yang menuntut geran padanan.

Selari dengannya, NEF mencadangkan agensi kerajaan dan kementerian untuk membuat proses ketelitian wajar yang lebih menyeluruh dalam proses perolehan supaya memberikan keutamaan kepada syarikat induk yang dimiliki rakyat Malaysia, membuat proses libat urus bersama syarikat tempatan terlebih dahulu, selain menggubal dasar rasmi untuk memberikan keutamaan kepada syarikat tempatan.

Pihak NEF turut melancarkan kempen baru dinamakan #MalaysianTechFirst, dan akan memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan isu ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.