Samsung 870 QVO Ialah SSD 8TB Untuk Pasaran Pengguna
Samsung ialah sebuah syarikat teknologi yang dikenali untuk peranti-peranti pintar mereka, tetapi mereka juga membangunkan pelbagai jenis komponen untuk kegunaan sendiri dan juga pasaran DIY.
Terkini, Samsung memperlihatkan sebuah model storan SSD baru yang dinamakan Samsung 870 QVO yang hadir dengan pilihan storan sebesar 8TB untuk pasaran pengguna.
SSD ini menggunakan cip storan flash Quad Level Cell dengan sambungan SATA yang mempunyai kepantasan pembacaan dan penulisan data 500MB/s. Dari segi pilihan storan, ia hadir dengan pilihan 1TB, 2TB, 4TB dan 8TB.
Lebih menarik lagi, SSD 870 QVO ini juga dikatakan bertahan lama, dimana model 8TB storan ini mampu ditulis sebanyak 2,880TB, ataupun 360 kali secara penuh sebelum ia menunjukkan tanda-tanda rosak.
Beberapa model Samsung 870 QVO ini sudahpun tiba di beberapa pasaran, termasuklah model-model 1TB, 2TB dan 4TB, tetapi model 8TB hanya akan keluar pada bulan Ogos kelak pada harga yang tidak diketahui lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment