Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM hadir taklimat prapersidangan ahli Parlimen PN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM hadir taklimat prapersidangan ahli Parlimen PN


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadiri taklimat prapersidangan Parlimen membabitkan ahli Parlimen dan senator di Putrajaya hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri taklimat prapersidangan Dewan Rakyat melibatkan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Seri Endon, di sini.
Taklimat berkenaan diadakan secara tertutup selama kira-kira 2 jam.
Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno ketika ditanya mengenai taklimat itu, berkata, semua yang hadir bersetuju untuk mendokong semua usul dibawa oleh perdana menteri pada persidangan Dewan Rakyat esok.
“Esok kita tahu akan ada satu keputusan besar yang akan dilakukan, iaitu menggantikan speaker sedia ada dengan calon daripada pihak kerajaan. Jadi kami memberikan sokongan 100% kepada usul kerajaan itu,” katanya.
Ditanya mengenai berapa ramai yang hadir pada taklimat ini, Zahid menjawab: “Saya tidak kira, tetapi hampir 100% (ahli Parlimen PN)”.
Sementara itu, ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, yang juga setiausaha agung Umnoberkata, beliau dipilih untuk mencadang usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Saya diberi masa yang panjang untuk berucap dan membahas. Jadi saya perlu buat persiapan untuk berucap sekitar 2 jam itu dan ia adalah satu cabaran bagi saya,” katanya lagi.
Ditanya apakah yang akan disentuh beliau dalam ucapan selama 2 jam itu, beliau berkata, antaranya ialah usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 dan isu ekonomi.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata, taklimat hari ini ialah proses biasa pada setiap persidangan Parlimen.
“Majlis hari ini ialah melibatkan semua parti dalam PN dan senarai kehadiran ialah ahli Parlimen dan juga senator,” katanya.
Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula esok hingga 27 Ogos, iaitu selama 25 hari, manakala Dewan Negara pula akan bersidang dari 2 Sept hingga 23 Sept iaitu selama 11 hari. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.