Wow… Kad Pokemon edisi ‘Illustrator’ dijual RM1 juta
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tagline ‘Hobi kami mahal’!
Malah ia kerap digunakan bagi mereka gemar bermain jentera 2 roda sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk memuaskan nafsu minat mereka.
Tapi sebenarnya, bukan peminat motor sahaja yang sanggup berhabis duit malah ada juga yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu sanggup menghabiskan wang, asalkan mereka puas.
Ini yang terjadi kepada peminat animasi terkenal Pokemon, apabila sanggup menghabiskan RM1 juta untuk sekeping kad permainan animasi itu.
Kad itu dijual pada awal bulan ini di ZenPlus, sebuah laman dagangan dalam talian, menjadikannya kad pokemon termahal di dunia yang pernah dijual!
Kad tersebut dibeli oleh pelanggan dari Amerika yang menggunakan nama Pokemonmania didalam laman membeli belah online itu.
Tapi apa yang membuatkan kad itu bernilai seperti sebiji rumah di Kuala Lumpur?
Kad tersebut merupakan kad edisi ‘Illustrator’ yang hanya boleh didapati melalui sebuah peraduan komik di Jepun pada tahun 1998.
Daripada 39 keping kad yang dikeluarkan pada waktu itu, kini dipercayai hanya tinggal 10 keping kad yang masih wujud.
Oleh sebab itulah, kad ini dianggap sebagai kad Pokemon yang paling berharga dan paling rare di dunia.
Malah, kad ini turut mengandungi lakaran istimewa daripada Atsuko Nishida iaitu pelukis ilustrasi asal Pokemon.
Kad Pikachu Illustrator yang dijual di ZenPlus itu diiktiraf oleh PSA (Professional Sports Authenticator) dengan taraf Mint 9.
Ini membuktikan keadaan kad ini sangat superb.
Ini merupakan rating yang sangat mengagumkan bagi sekeping kad yang telah berusia 22 tahun!
Walaupun harganya mungkin membuatkan anda terfikir ia mungkin memiliki kuasa yang kuat, tetapi sebenarnya kad Pikachu Illustrator ini tidak memiliki sebarang fungsi dan kuasa untuk digunakan dalam sebuah pertandingan.
Pada bahagian hadapan kad, terdapat ayat yang berbunyi kata-kata penghargaan bagi sesiapa yang masuk peraduan ketika itu.
“Kami mengesahkan bahawa ilustrasi ini merupakan entri yang sangat cemerlang dalam Peraduan Melukis Ilustrasi Kad Permainan Pokemon. Oleh itu, kami dengan ini memperakui bahawa anda merupakan Pelukis Ilustrasi Kad Pokemon Rasmi Yang Sah dan mengagumi kemahiran anda”
Bahagian belakang kad pula dihiasi dengan logo dan nama permainan tersebut dalam bahasa Jepun.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kad untuk koleksi dijual pada harga yang sangat tinggi.
Pada awal pengenalan kad Magic The Gathering, kad Black Lotus yang sangat berkuasa djual.
Ia kemudiannya diharamkan kerana terlalu berkuasa dan dijual dengan tanda harga RM680,000 pada tahun lepas. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment