Apple : Epic Games Inginkan “Layanan Khas” Di App Store – Sebelum Menyaman Apple
Apple kini membalas Epic Games, dan mengatakan yang mana Epic Games telah meminta “layanan khas” khusus untuk mereka, yang mungkin membawa kepada perubahan penawaran aplikasi Epic melalui platform Apple App Store.
Apple mengetengahkan tiga emel perbualan bersama pihak Epic Games berkaitan permintaan tersebut ke mahkamah.
Apple mengatakan, lanjutan daripadanya, apabila Apple menolak permintaan berkenaan, Epic telah mengubah dengan membuang perkongsian pembelian dalam-aplikasi bersama Apple, selain memfailkan saman ke atas Apple apabila aplikasi Fortnite dibuang disebabkan pelanggaran polisi.
Pada masa yang sama, Apple turut menyalahkan Epic Games kerana pembuangan aplikasi berkenaan – dan kesalahan berkenaan patut dibetulkan oleh Apple sendiri. Apple sebelum ini meminta Epic Games membuang mekanisma pembayaran luar aplikasi pada Fortnite, untuk mengembalikan semula aplikasi tersebut di App Store. Jikalau sebaliknya, selain pembuangan aplikasi Fortnite, akaun Epic Games juga akan digantung – sekaligus membawa kepada kesukaran pembangunan Unreal Engine untuk platform Apple.
Bercakap mengenainya, CEO Epic Games, mengatakan Apple membawa imej yang kurang tepat, memandangkan pada awalnya Epic Games mengatakan meminta pelepasan App Store bukan untuk Epic sahaja, tetapi untuk semua pembangun iOS.
Selain Epic, Spotify juga turut menyokong perubahan polisi pada App Store, yang tidak memihak kepada mereka apabila perlu berkongsi pendapatan pembelian dalam-aplikasi sehingga 30% bersama pihak Apple.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment