Hi! Welcome Back and Stay Tune! ISRAEL BAKAL MUNCUL SEBAGAI NEGARA MESRA ISLAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ISRAEL BAKAL MUNCUL SEBAGAI NEGARA MESRA ISLAM




 
TIADA siapa menyangka presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sering menjadi bahan ketawa orang ramai akan dikenang sejarah sebagai pencinta kedamaian berjiwa besar.
Berbanding pendahulunya Barrack Obama dari parti Democrat, pemimpin kulit hitam pertama menjadi presiden Amerika Syarikat, Trump dari parti Republican banyak menghasilkan kerja-kerja penting tanpa banyak liputan media.
Media yang mungkin dikuasai Democrat, lebih berminat memaparkan hal remeh dan kurang baik mengenai Trump untuk dijadikan bahan lawak berkualiti rendah.
Obama banyak retorik. Trump pula sangat taktikal dalam tindak-tanduknya.
Kita dapat lihat peperangan dan ketegangan Amerika dan dunia dengan Korea Utara dapat dielakkan. Tidak kurang  dua kali Trump dan Kim Jong-un dipertontonkan berjalan mesra dan berganding tangan.
Hubungan Amerika dengan Iran juga sudah tidak seburuk sebelumnya, walaupun mereka tidaklah terlalu berbaik sepenuhnya.
Permainan persaingan ekonomi Amerika Syarikat di bawah Donald Trump dengan presiden China Xi Jin Ping juga kelihatan cantik dan menarik.
Obama telah membunuh puluhan ribu rakyat tidak berdosa negara-negara yang dijadikan bahan taruhan atau proksi. 
Trump berjaya mengelak atau mengurangkannya.
Pandemik virus Corona dijadikan senjata tajam untuk mengkritik Trump dan mendewa-dewakan Anthony Fauci. Mungkin Trump ada melakukan beberapa kesilapan. Tetapi dia juga telah dan sedang melaksanakan berbagai pembaikan.
Dalam diam, Trump juga kelihatan semakin berjaya mentransformasi pemikiran dua pihak yang sudah lama bertelagah, iaitu Israel dengan negara-negara Arab khasnya, serta banyak negara Islam lain, amnya.
Broker berbakat yang menyerlah ini dijangka bakal mencipta sejarah - perdamaian dan menang-menang untuk semua.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.