Apple Menyelesaikan Masalah Dengan WordPress – Tidak Memerlukan Penyertaan Pembelian Dalam-Aplikasi
Pembangun aplikasi WordPress telah mengatakan semalam yang mana aplikasi iOS mereka tidak dibenarkan untuk dikemaskini oleh pihak Apple, kerana tidak menyertakan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Lanjutan daripadanya, kini Apple dilihat menyelesaikan masalah dengan pihak WordPress, dan kini membenarkan semula kemaskini untuk aplikasi berkenaan.
Aplikasi WordPress untuk iOS yang boleh digunakan pada iPhone dan iPad, sebelum ini memudahkan pengguna untuk menguruskan laman web berasaskan WordPress, atau akaun mereka di WordPress.com. Tiada sebarang pembelian yang ditawarkan melaluinya, dan ia merupakan aplikasi percuma.
Apa pun, sebelum ini pihak WordPress menyertakan bahagian tab khusus untuk mempromosi pelan yang disediakan mereka secara berbayar – tetapi tidak menyertakan sokongan pembelian dalam aplikasi berkenaan. Apple tidak membenarkan perkara berkenaan, dan pihak WordPress telah menawarkan untuk membuang kod tersebut. Apa pun, ia dilihat Apple tidak bersetuju dengan membuang kod tersebut, dan meminta penyertaan pembelian dalam-aplikasi sebelum aplikasi WordPress tersebut dibenarkan untuk terus dikemaskini.
Perkara berkenaan telah membuatkan pembangunnya berkongsi melalui laman Twitter, dan kini Apple dilihat kembali dan membenarkan semula kemaskini dilakukan tanpa keperluan penyertaan pembelian dalam-aplikasi.
Kes terbaru melibatkan Apple ini hadir selepas “perang” yang dicetuskan oleh Epic Games yang masih sedang berterusan – menyoalkan berkenaan keperluan perkongsian pendapatan sehingga 30% kepada pihak Apple.
Dengan penyelesaian masalah dengan WordPress ini, kita mungkin melihat kemaskini terbaru aplikasi WordPress untuk iOS dengan penyertaan ciri-ciri baru tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment