Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laman Grafik Popular, Freepik Dan Flaticon Menjadi Mangsa Godam – Lebih 8.3 Juta Akaun Terkesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laman Grafik Popular, Freepik Dan Flaticon Menjadi Mangsa Godam – Lebih 8.3 Juta Akaun Terkesan


Freepik dan Flaticon merupakan dua laman popular yang menawarkan sumber grafik serta ikon. Ia merupakan laman yang dituju ramai dalam mendapatkan sumber grafik – dan antara yang popular dikalangan pereka grafik.

Terbaru, syarikat disebalik Freepik mengesahkan yang mana laman Flaticon telah menjadi mangsa serangan suntikan SQL, sekaligus membolehkan pengodam untuk mencuri beberapa informasi pengguna pada pangkalan data mereka.

Daripada apa yang diketahui, sekitar 8.3 juta akaun pengguna terkesan. 4.3 juta akaun daripadanya adalah akaun menggunakan log masuk berasaskan Google, Facebook atau Twitter – sekaligus hanya alamat emel sahaja terkesan.

Sementara selebihnya sebanyak 3.77 juta akaun pengguna terkesan alamat emel mereka dan juga kata laluan yang telah di-hash.

Freepik dan Flaticon telah mula menghantar emel kepada pengguna mereka, memaklumkan berkenaan hal ini dan meminta pengguna untuk mengubah kata laluan mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.