Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Akan Menghentikan Penggunaan Cip Hisilicon Kirin Selepas Mate 40 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Akan Menghentikan Penggunaan Cip Hisilicon Kirin Selepas Mate 40


Menerusi cip HiSilicon Kirin, Huawei berjaya mengurangkan pergantungan kepada pemproses keluaran pihak ketiga disamping mempunyai kawalan yang lebih dalam rekaan. Tetapi selepas 15 September ini Huawei akan menghentikan pengeluaran cip Kirin pada peranti keluaran mereka.

Richard Yu yang merupakan ketua pengarah eksekutif perniagaan peranti mudah alih Huawei berkata selepas tarikh tersebut syarikat beliau tidak lagi mempunyai stok cip yang mencukupi. Oleh itu cip Kirin 1000 yang telahpun dihasilkan akan digunakan pada peranti Huawei Mate 40 sahaja.

Kirin 980Bagi yang tidak mengikuti berita, Huawei dihalang dari memesan cip yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. HiSilicon menggunakan perkhidmatan TSMC untuk mengilangkan cip mereka. Halangan perdagangan dari A.S bukan sahaja merencatkan penggunaan GMS pada peranti Android Huawei tetapi kini mendatangkan impak besar kepada perkakasan mereka pula.

Terdapat ura-ura Huawei mungkin berpindah kepada cip Snapdragon dan MediaTek selepas ini bagi menggantikan cip Kirin yang kini tidak lagi boleh dihasilkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.