Nearby Sharing Yang Mirip AirDrop Mula Diaktifkan Pada Peranti Google Dan Samsung Hari Ini
Setelah sekian lama Google akhirnya mengaktifkan ciri penghantaran fail pantas Nearby Sharing pada peranti keluaran mereka dan Samsung hari ini. Menerusi Nearby Sharing, peranti Android 6.0 dan ke atas akan mempunyai fungsi perkongsian yang seakan AirDrop pada peranti iOS.
Setakat ini kami menyedari ia sudah boleh digunakan pada Galaxy S20 Ultra 5G dan Pixel 3a yang sedang kami gunakan. Ia nampaknya diaktifkan menerusi kemas kini sistem operasi dan Google Play Services. Jumlah peranti yang menyokongnya masih sedikit dengan kemas kini diberikan secara berperingkat.
Kelebihan Nearby Sharing selain penghantaran pada kelajuan yang pantas ialah ia mengesan peranti terdekat terlebih dahulu. Ikon dengan gambar peranti yang dikenali dapat dilihat dengan jelas tidak seperti penghantaran bluetooth sebelum ini.
Dengan kata lain sistem penghantaran Google Files yang kami rasakan terbaik pada Android kini disertakan secara terbina terus pada sistem operasi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment