Netflix Untuk Android Kini Menyokong Kelajuan Main Semula Yang Boleh Diubah
Fungsi mengubah kelajuan main semula sudah lama ada pada YouTube. Platfform penstriman video lain seperti Netflix, masih tiada lagi. Perkara ini ramai pengguna inginkan, kerana boleh menonton siri TV pada kadar yang lebih pantas atau mempercepatkan menonton filem yang bosan.
Akhirnya, baru-baru ini Netflix untuk Android telah menambah sokongan ini. Ia mula diperlihatkan kepada sesetengah pengguna pada Oktober tahun lepas, yang mana adalah untuk mereka yang ada masalah kurang upaya boleh menghargai mendengar audio pada kadar yang pantas atau mereka yang ada masalah pendengaran boleh membaca sari kata dengan lebih pantas. Ya, ia juga akan membuatkan pengguna biasa seperti kami turut bersyukur dengan fungsi ini.
Kelajuan yang boleh diubah adalah 0.5x, 0.75x, 1x, 1.25x, dan 1.5x. Buat masa ini ia terhad untuk peranti Android sahaja, iOS dan Netflix pada web masih dalam ujian dan langsung tiada khabar mengenai kehadirannya pada Netflix untuk TV. Bagi pembaca Amanz yang melanggan Netflix, adakah ciri ini sudah tiba ke peranti Android anda?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment