Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perjalanan Kejayaan vivo Sebagai Salah Satu Jenama Telefon Pintar Terkemuka Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perjalanan Kejayaan vivo Sebagai Salah Satu Jenama Telefon Pintar Terkemuka Di Malaysia


Industri telefon pintar di seluruh dunia kini sangat berkembang dengan cepat. Hal ini adalah disebabkan dunia yang serba moden ini telah menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan kepada kita semua untuk berhubung antara satu sama lain. Disebabkan ini juga, kesemua syarikat pengeluar peranti pintar berlumba-lumba dalam menawarkan pelbagai model telefon bagi memenuhi permintaan dan keperluan orang ramai. Antara syarikat telefon pintar yang semakin mendapat nama di kalangan pengguna adalah vivo.

vivo merupakan syarikat pengeluar telefon pintar yang menyasarkan kepada pengguna yang inginkan produk dinamik yang bergaya dan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi-fungsi untuk memudahkan kehidupan seharian seseorang pengguna. Jenama vivo ini  sudah berada dalam industri telefon pintar selama 11 tahun bermula pada 2009, dan telah mula berkembang di peringkat antarabangsa bermula pada tahun 2014 di pasaran Asia Tenggara.

Jenama Pertama Yang Menghasilkan Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

Ia kemudian telah menarik perhatian dunia apabila vivo merupakan jenama pertama yang telah melancarkan telefon pintar ternipis dunia. Bermula daripada model X1, X3 dan X5 Max, vivo berjaya menaikkan jenama mereka yang mana sewaktu telefon-telefon pintar ini dilancarkan, belum ada lagi jenama lain yang mampu mengatasi nipisnya rekaan telefon pintar keluaran vivo. Bagi vivo X1, ia hadir dengan rekaan senipis 6.55mm, manakala X3 pula adalah senipis 5.75mm. Kemudian datang pula vivo X5 Max yang hadir dengan rekaan skrin 5.5 inci Super AMOLED bersama paparan 1080p yang senipis 1.36mm. Siri X daripada jenama vivo telah mendahului dalam penawaran rekaan peranti yang nipis. Menurut vivo, bagi siri X50 mereka sendiri, ia merupakan sebuah telefon pintar 5G yang ternipis yang pernah dipasarkan.

Siri V Mengukuhkan Kedudukan vivo Dalam Industri Telefon Pintar Dengan Kebolehan Kameranya Yang Mengagumkan

vivo sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila mereka melancarkan vivo V5Plus yang mana ia merupakan telefon pintar pertama dengan dwi kamera hadapan gabungan 20MP bersama 8MP. Gabungan lensa ini membolehkan telefon pintar ini merakam gambar dengan kesan bokeh seakan-akan diambil menggunakan kamera professional.

Apa yang menjadikannya lebih menarik, vivo memperkenalkan vivo V15 Pro yang membawakan rekaan seakan akan vivo NEX, dimana kamera swafotonya boleh disembunyikan. Ia beroperasi secara mekanikal, dimana ia akan dinaikkan apabila pengguna mengakses aplikasi kamera swafoto. vivo V15 Pro ini mampu merakamkan gambar swafoto 32MP selain kamera belakangnya hadir sokongan tri-kamera dengan gabungan sensor 48MP, 8MP dan 5MP. Pada tahun 2019, vivo masih mengekalkan teknologi kamera ini, namun telah dikemaskini dengan beberapa fungsi terbaru, iaitu 32MP dwi kamera yang boleh disembunyikan.

Berjaya Menjadi Pencetus Trend Bagi Rekaan Kamera Hadapan Dan Telah Diikuti Oleh Jenama Pesaing

Pada tahun 2018, vivo telah memperkenalkan peranti prototaip yang dikenali sebagai vivo APEX Fullview. Menurut desas-desus waktu itu, telefon pintar ini akan dilengkapi dengan nisbah skrin ke badan yang tertinggi dan bakal hadir dengan beberapa teknologi baru. Antaranya adalah teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan separuh skrin, teknologi kamera hadapan yang boleh disembunyikan, dan juga teknologi Screen SoundCasting.

Tidak lama selepas perkenalan vivo APEX ini, ia kemudian telah dilancarkan secara rasmi dengan nama baru, iaitu vivo NEX. Dengan spesifikasi yang sama, vivo NEX telah dikenali sebagai telefon pintar dengan teknologi kamera swafoto yang boleh disembunyikan yang pertama di dunia.

Selepas pelancaran vivo NEX, kita dapat lihat beberapa jenama pesaingnya turut memperkenalkan fungsi kamera hadapan yang lebih kurang sama. Oleh itu, vivo sekali lagi mengambil langkah bijak dengan melancarkan vivo NEX Dual Edition yang merupakan peranti kesinambungan bagi vivo NEX. Apa yang membezakan model ini dengan model NEX yang biasa adalah ia hadir dengan rekaan dwi skrin. Skrin utama adalah pada bahagian hadapan, dan skrin kedua adalah pada bahagian belakang peranti.

Pada tahun 2019 pula, vivo memperkenalkan vivo APEX 2019 yang merupakan sebuah peranti tanpa sebarang port atau bahagian terbuka dan tidak mempunyai sebarang butang pada mana mana bahagian. Disebabkan ketiadaan ini, telefon pintar ini tidak mempunyai pembesar suara, bicu audio dan slot SIM. Oleh itu, vivo menawarkan teknologi baru, seperti sambungan MagPort, Touch Sense dan fungsi SoundCasting.

Pada bulan September tahun yang sama, vivo sekali lagi melancarkan siri NEX mereka yang ketiga, iaitu NEX 3. Apa yang mengagumkan adalah telefon pintar ini mempunyai nisbah skrin ke badan menghampiri 100% yang dilengkapi dengan skrin 6.89 inci POLED Waterfall FullView dan dwi lengkung FHD+. Dahi dan dagu peranti ini amat nipis dan bahagian sisi lengkungnya pula masih lagi boleh nampak skrin walaupun dilihat daripada bahagian sisi peranti.

vivo Ingin Sentiasa Melancarkan Peranti Pintar Yang Pertama Di Dunia Bagi Setiap Teknologi Terbaru

Kini pada tahun 2020, hampir semua negara sedang bersiap sedia untuk menerima rangkaian 5G. Bagi vivo sendiri, mereka telah membangunkan institut penyelidikan 5G mereka sendiri di Beijing bagi mengkaji lebih mendalam berkenaan rangkaian 5G. Dalam masa yang sama, mereka membangunkan teknologi dan inovasi telekomunikasi agar kesemua telefon pintar mereka akan datang dapat menyokong rangkaian 5G dengan baik.

Bukan itu sahaja, vivo juga telah menubuhkan pusat R&D pada pertengahan tahun 2018 dan dalam masa yang sama telah membangunkan ekosistem IoT mereka sendiri bagi membantu untuk mewujudkan pengalaman rangkaian 5G antara peranti dengan lebih baik kelak. Malah, mereka juga telah berjaya melancarkan beberapa peranti yang menyokong rangkaian 5G.

vivo Telah Berjaya Menduduki Tangga Pertama Bagi Pengeluar Telefon Pintar Tersohor Di Malaysia

Canalys Malaysia

Baru-baru ini, Canalys telah mengeluarkan data yang mana menurut data tersebut, ia menunjukkan carta kedudukan jenama telefon pintar paling popular pada suku kedua 2020 yang lalu. Menurut data tersebut, vivo telah berjaya menduduki tangga pertama sebanyak 21% pegangan pasaran di Malaysia dan jualan peranti-peranti vivo telah melonjak naik sehingga 59%. Dengan kejayaan ini, jelas sekali jenama vivo bukan lagi calang-calang di dalam industri telefon pintar. Bermula daripada tahun pertama sehingga kini, vivo masih lagi berusaha dalam mengekalkan kedudukannya di pasaran dunia dengan menawarkan pelbagai peranti pintar yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Layari: Laman Rasmi vivo Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada vivo Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.