Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB LPDDR5 DRAM 10nm Untuk Telefon Pintar
Samsung hari ini mengumumkan mereka telah memulakan pengeluaran pukal untuk memori telefon pintar sebesar 16GB LPDDR5 DRAM berasaskan proses 10nm. Samsung turut mengatakan ia menggunakan teknologi EUV (Extreme Ultraviolet) dalam pengeluarannya.
Memori 16GB LPDDR5 DRAM ini lebih 16% pantas berbanding model 12GB LPDDR5 yang diperkenalkan pada tahun lepass, menawarkan kepantasan 6400 megabit per saat. Penggunaannya dijangka akan menjadikan pengguna dapat menggunakan pelbagai kelebihan kecerdasan buatan dan rangkaian 5G dengan lebih lancar.
Samsung turut mengatakan, dengan binaan berasaskan proses 10nm, ia turut menjadikan memori ini 30% lebih nipis – amat sesuai dengan keperluan telefon berasaskan 5G yang menggunakan saiz cip sedikit besar.
Kita akan dapat melihat penggunaan memori 16GB RAM LPDDR5 berasaskan 10nm ini pada telefon pintar seawal 2021 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment