Siri Vivo Y20 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460 Dan Bateri 5,000mAh
Akhirnya rasmi, vivo kini memperluaskan lagi penawaran siri Y mereka menerusi pengenalan siri Vivo Y20. Terdapat dua buah model berbeza yang diperkenalkan iaitu Vivo Y20 dan Vivo Y20i. Jika diteliti, kedua-duanya hadir dengan sejumlah besar spesifikasi yang sama. Namun begitu, masih terdapat juga perbezaan antara kedua-dua model.
Menyentuh mengenai persamaan, kedua-dua model ini hadir dengan paparan bertakuk kecil dengan skrin bersaiz 6.51-inici HD+ IPS LCD. Seterusnya, kedua-dua model juga dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 460, bateri 5,000mAh (Micro-USB) dan menggunakan perisian FunTouchOS 10.5 berasaskan Android 10. Vivo Y20 dan Vivo Y20i turut mempunyai tiga kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-megapixel (f/2.4) dan kamera swafoto pula 8-Megapixel (f/1.8).
Beralih kepada perbezaan pula, ianya terletak pada penawaran sokongan memori, pengecasan pantas dan pilihan warna. Vivo Y20 membawakan sokongan memori 4GB RAM dengan storan 64GB, manakala Vivo Y20i pula dilengkapi memori 3GB RAM dan storan 64GB. Untuk pilihan warna pula, Vivo Y20 hadir dalam warna Obsidian Black dan Dawn White. Vivo Y20i pula dihiasi dengan pilihan warna Dawn White dan Nebula Blue
Untuk penawaran harga, Vivo Y20 (4GB + 64GB) dijual pada harga Rs.12,990 (~RM730) dan Vivo Y20i (3GB + 32GB) pula berharga Rs.11,490 (~RM646).
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment